Thursday, August 19, 2010

PELAMIN VS BAJU PENGANTIN


PUJUK...punya pujuk akhirnya saya termakan juga pujuk rayu en tunang. En tunang kalau nak ajak keluar tak akan cakap terus punya...mesti pusing-pusing ayat. Memandangkan hari isnin nanti saya perlu pergi kursus dan terlebih dahulu kena hadir ke sekolah jadi saya menolak permintaan en tunang untuk keluar. Dengan alasan tapi pada saya bukan alasan pun sememangnya saya harus menyiapkan laporan hari kokurikulum dan beberapa laporan kelas yang tergendala...Penat tau..

Tapi bila ucuk dan makcik cakap tak baik hampakan permintaan en tunang terus terfikir lak perasaan dia...masuk ni dah minggu ke 3 tak keluar dengan en tunang...jadi dengan hati yang sederhana berat pergi gak demi en tunang tersayang. En tunang pun pandai...untuk menggembirakan hati saya ni awal-awal lagi en tunang dah pergi survey butik pengantin yang saya cakap tempoh hari. Dan katanya nak bawa saya pergi ke butik tu....tetiba jer dalam hati saya ada bunga....

En tunang  bersemangat...sebenarnya semangat nak mulakan kerja-kerja urusan perkahwinan saya ni dah mula merudum...bila tengok blog rakan-rakan yang lain rupanya banyak lagi yang saya belum sentuh...padahal masa semakin suntuk...tapi. en tunang nampak bersemangat...

Jadi hari ahad lepas saya dah mulakan langkah pertama :
  1. PILIH PELAMIN
  2. PILIH BAJU PENGANTIN
  3. TEMPAH BAJU AKAD NIKAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.